Kenyataan misi
Memperkasakan komuniti untuk memberi kanak-kanak masa depan yang cerah.
Jeunesse Kids berdedikasi untuk mencipta impak positif dalam kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia. Sebagai yayasan amal bukan untung 501(c)(3) , Jeunesse Kids dibiayai dan disokong oleh satu komuniti yang luas terdiri daripada individu-individu yang prihatin dengan misi membina masa depan lebih baik untuk orang muda dalam masyarakat yang kurang bernasib baik di seluruh dunia.
Satu Hati.Satu Harapan. Satu Misi
Membantu kanak-kanak di enam benua
Matlamat Jeunesse Kids adalah untuk memberi perubahan dalam kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia. Berperanan di kedua-dua peringkat global dan tempatan, Jeunesse Kids membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan projek-projek yang mempunyai kesan mampan jangka panjang. Matlamat ini tercapai melalui dua program utama — tajaan kampung dan inisiatif tempatan.
Tajaan kampung
Jeunesse Kids bekerjasama dengan WE Charity dan program WE Villages membantu komuniti kampung di negara-negara kurang maju dengan melaksanakan model pembangunan antarabangsa yang telah terbukti pencapaiannya. Model ini memberi tumpuan kepada lima bidang:
- Kesihatan
- Pelajaran
- Air bersih dan & sanitasi
- Pertanian & ketersediaan makanan
- Pendapatan & mata pencarian
Penyelesaian yang mampan terdapat dalam lima tonggak bidang ini membantu mengangkat masyarakat keluar daripada belenggu kemiskinan dan mencapai kemampanan diri dalam tempoh lima tahun.
Sehingga kini, Jeunesse Kids telah bekerjasama dengan masyarakat dari enam kampung – membina bilik darjah, fasiliti rawatan air, dan stesen tempat membasuh tangan, menempatkan guru di bilik darjah serta bahan dan pendekatan akademik, kebersihan dan pendidikan kesihatan; membangunkan pertanian dan program-program penternakan untuk jaminan pemakanan dan pendapatan; serta klinik kesihatan bergerak dan menjalankan program-program latihan mata pencarian yang memperkasakan wanita dan kanak-kanak untuk menjana dan mengurus aliran pendapatan.
Inisiatif-inisiatif tempatan
Jeunesse Kids menyokong inisiatif amal tempatan yang berkaitan dengan acara utama Jeunesse di seluruh dunia. Kesemua inisiatif tempatan ini memberi fokus kepada projek tertentu yang memberi manfaat jangka panjang yang mampan seperti bangunan, fasiliti pengubahsuaian, perkakasan, infrastruktur, rawatan perubatan dan pendidikan.
Program ini merupakan satu usaha berterusan dengan inisiatif dijalankan secara berterusan sepanjang tahun sempena acara yang dijalankan di seluruh dunia.
Wanita-wanita di sebalik gelang Rafiki
Nama yang berasal daripada perkataan Swahili untuk rakan, setiap gelang Rafiki dihasilkan dengan menggunakan tangan penuh dengan kasih sayang oleh seorang wanita di Kenya atau Ecuador. Ikuti cerita mereka yang penuh dengan inspirasi demi mencapai perubahan dan belajar sendiri bagaimana gelang-gelang ME ke WE Rafiki memperkasa wanita, manik ke manik bagi membantu komuniti keluar daripada kemiskinan dan memberi masa depan yang cerah kepada anak-anak mereka.






